Kebelakangan ini politik tanah air kita menyajikan cerita dan berita yang kurang enak bagi tatapan masyarakat umum. Sebagai sebuah negara yang didakwa aman damai, perkara sebegini tidak seharusnya terjadi lebih-lebih lagi Islam merupakan "agama negara" yang telah diwartakan dibawah Perlembagaan Persekutuan.
Namun, bayu dan teman-teman tetap teguh padu bersandar kepada Allah sebagai tuan empunya dunia bila berhadapan dengan keadaan tegang yang sedang berlaku disaat ini. Entry yang lepas sudah jelas menyatakan bahawa langit tidak selalunya cerah membawa erti tanah air kita juga tidak selalu aman.
Dalam kekalutan fitnah akhir zaman ini, seharusnya kita berusaha untuk tidak terlibat sama malah minta dijauhkan daripada semua fitnah yang melata. Hanya Allah dan mereka yang terlibat sahaja mengetahui segala kebenaran yang terselindung disebalik apa yang berlaku. Moga kebenaran akan muncul bagi menjawab segala persoalan yang timbul.
Keratan dari akhbar Malaysiakini online
Puluhan ribu rakyat mengadakan solat hajat berkenaan isu video seks
lokasi: Stadium Malawati Shah Alam
